RALAT & PENAMBAHAN
Berikut adalah ralat yang ada dalam buku teks utama Kaedah Kata Dasar al Quran. Pembetulan dilakukan pada cetakan terkini.
RALAT PADA CETAKAN KEDUA JULAI 2019
RALAT PADA CETAKAN PERTAMA DISEMBER 2018
Terdapat sedikit ralat dan kesilapan pada Buku Teknik Faham dan Hadam Kata Dasar Al Quran ini. Ini hasil maklum balas pembaca dan tuan-tuan guru yang budiman. Semua ralat ini sudah diperbetulkan dalam naskhah cetakan kedua Julai 2019 di atas.
Berikut adalah ralat yang telah dimaklumkan & disahkan dalam cetakan pertama: |
M/S 196
Tertinggal perkataan ٌتَنُّوْر yang di sebut dua kali dlm Quran. Maknanya dapur seperti tempayan yang perbuat daripada tanah untuk membakar roti atau panggang daging. Menariknya kita panggil ayam TANDOORI, bila dibakar dalam dapur jenis ini. Air banjir bila melimpahi ke dalam dapur ini dan membuatnya meletup adalah alamat bagi Nabi Nuh supaya bersegera ke kapal. Ayat 11: 40- (Rujuk Tafsir Al Wasit)