PANDUAN BELAJAR
Buku ini ditulis khas bagi membantu anda membina asas bahasa Arab anda melalui teknik hadam kaedah yang mendasari setiap perkataan dalam Al Quran. Anda amat digalakkan mengikuti membaca buku ini dan dalam masa yang sama mengikuti pembelajaran di asas melalui video yang dibikin beserta kuiz dan latihan. Klik di sini untuk ke laman video pengajaran asas wajib kaedah ini. Dengarlah sekurang satu video pengajaran setiap hari. Manakala buku teks iaitu buku Teknik Faham & Hadam Kata Dasar Al Quran adalah rujukan penting kerana pengajaran dalam video-video tersebut tadi adalah huraian dan ringkasan kepada isi kandung buku teks ini. Pengajaran dalam buku teks perlu diikuti pengajarannya melalui EMPAT fasa latihan dan hafalan berikut;
1. HAFALAN TEKS ASAS
Teks asas yang akan digunakan dalam buku ini ialah Surah al-Fatihah dan Surah Yasin memandangkan kedua-dua surah ini sememangnya menjadi bacaan harian atau mingguan kaum Muslimin di Malaysia. Pastikan anda sudah menghafal surah Yasin ini dengan baik sebelum mengikuti pembelajaran buku ini. Sekiranya ayat yang bukan daripada surah-surah tadi digunakan, nombor surah dan ayat akan dicatatkan.
2. MENGHADAM KAEDAH TERPILIH YANG MENDASARI KOSA KATA
Sebanyak 20 kaedah asas dipersembahkan dan diterangkan kepada anda dengan cara yang paling mudah difahami. Penerangan disertakan dengan latih tubi. Semua perkataan yang digunakan sebagai contoh dan latihan adalah diambil terus daripada dua surah hafalan tadi. Pastikan anda hadam semua kaedah terpilih pada fasa kedua ini. Anda turut dibantu dengan latihan tambahan dan audio visual yang boleh diakses melalui laman sesawang buku ini. Anda perlu melepasi satu ujian dalam peringkat ini. Selagi anda belum memperolehi markah yang ditetapkan untuk lulus, teruskan membaca kaedah terpilih tersebut dan lakukan latihan sehingga anda hadam kesemua kaedah ini sebaik mungkin.
3. HAFALAN KATA DASAR
Di fasa ketiga, anda dihidangkan dengan senarai kata dasar al-Quran beserta dengan pecahannya.Kata dasar ini disusun mengikut abjad. Anda perlu memahami kaedah terpilih di fasa kedua dengan baik bagi memahami bagaimana kata dasar ini berkembang dengan pelbagai pola atau corak dalam ayat-ayat al-Quran. Untuk memudahkan anda menghafal, kata dasar terpilih akan disertakan gambar dan dan sedikit penerangan. Mulakan proses hafalan kata dasar yang mempunyai kekerapan tertinggi, bermula daripada Alif sehingga Ya’. Kemudian kembali balik kepada Alif bagi menghafalkan kosa kata yang mempunyai kekerapan sederhana pula. Begitulah seterusnya. Berikut ialah parameter kekerapan satu-satu perkataan digunakan dalam al-Quran.

Berikut sedikit panduan menghafal kosa kata:
I. Hafal sekurang-kurangnya satu kata dasar beserta pecahan di bawahnya setiap hari.
II. Hafalanhendaklahdilakukanmelalui kontek ayat. Kalau boleh, hafal beberapa ayat di mana perkataan itu disebut di dalam al-Quran. Gunakan aplikasi atau laman web bagi membantu anda menentukan ayat-ayat yang menggunakan kata dasar hafalan anda itu.
III. Mulakan hafalan bagi kata dasar yang berparameter tinggi dahulu. Kata dasar yang berparameter rendah mungkin disebut sekali dua sahaja di dalam al-Quran.
4. HAFALAN PERKATAAN BERLAWANAN DAN SEERTI
Ini adalah fasa terakhir, di mana anda dibantu memperkasakan perbendaharaan kata hafalan anda dengan perkataan berlawanan makna yang disebut dalam satu ayat. Lakukan hafalan pada ayat-ayat tersebut. Untuk perkataan seerti, cukuplah anda merenung senarainya secara sepintas lalu sahaja. Untuk pengetahuan, perkataan seerti ini tidak semestinya mempunyai makna 100% sama dengan kumpulannya. Tiada perkataan yang sama makna di dalam bahasa al-Quran ini. Cuma saya lakukan kategori perkataan seerti ini bagi memudahkan anda mengingat dan menghafal.
Setelah menjalani proses hafalan bersistematik ini, saya percaya, dalam masa beberapa bulan sahaja, anda sudah berjaya membina asas perbendaharaan kata dan kaedah-kaedah penting bahasa kitab suci al- Quran. Dan senarai kata dasar di bahagian dua buku ini boleh menjadi KAMUS rujukan anda dalam meneliti makna perkataan ketika membaca al-Quran, tetapi ia TERHAD kepada perkataan yang disebut dalam al- Quran sahaja.
Asas yang anda perolehi daripada buku ini boleh menjadi tapak yang mantap untuk anda membina pengetahuan bahasa Arab anda bagi tujuan membaca kitab-kitab Arab dan juga bahasa Arab komunikasi. Sebenarnya kaedah bahasa Arab tidak banyak berubah sejak awal diturunkan al- Quran. Perbendaharaan kata bahasa Arab moden berkembang sekitar kata dasar dalam al-Quran juga. Sebagai contoh, perkataan yang memberi makna ‘burung’ dan ‘nasib’ dalam al-Quran, berkembang menjadi dengan makna ‘kapal terbang; dan Walaupun anda sudah berjaya meniti setiap makna perkataan dalam al-Quran, ini tidak bermakna anda boleh menafsirkan maksud dan kehendak setiap ayat mengikut fahaman anda. Anda perlu banyak merujuk tafsir al-Quran yang terpilih seperti Tafsir Al-Azhar dan Tafsir Ibnu Kathir yang sudah diterjemah ke dalam bahasa Melayu. Atau sekurang-kurang Terjemahan Al-Quran Pimpinan Ar Rahman. Kerana ayat-ayat al- Quran mengandungi makna tersirat yang mendalam, kata bidalan, kiasan, metapora dan seni balaghah, di samping apa yang dikenali sebagai ayat mutashabihat. Manakala untuk perincian kaedah nahu dan penggunaan perbendaharaan bahasa Arab moden anda boleh membaca buku- buku karangan sahabat saya, al-fadhil Ustaz Ashafizrol Ab Hamid. Untuk tadabbur makna tersirat dan tersurat, anda boleh membaca buku-buku karangan rakan saya Wartawan al-Quran, Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.