PANDUAN GURU
1. MUQADDIMAH
Walaupun buku ini disusun untuk pembelajaran kendiri secara berpandu atau orang putih panggil directed self-learning, para guru dan asatizah yang berkemampuan mengajar bahasa Arab dialu-alukan menggunakan buku ini sebagai buku teks atau rujukan dalam mengajar bahasa Arab samada di sekolah, maahad tahfiz, universiti, masjid surau dan lain-lainnya. Niat kita ada untuk menyebar ilmu bahasa Al Quran. Sebarkan, kembangkan dan usahakan agar bahasa kitab suci agung ini difahami dan dihayati. Disini saya ingin mencadangkan beberapa panduan dan aktiviti bagi guru. Ini sekadar cadangan, dan saya tahu ramai guru di luar sana yang mempunyai kreativiti tinggi dan pengalaman yang luas.

2. PERSIAPAN SEBAGAI GURU
Untuk menjadi guru bahasa Arab yang berasaskan al Quran ini, pertama anda hendaklah hadam dulu dan faham betul-betul kaedah yang dipersembahkan dalam buku teks kita, Teknik Faham dan Hadam Kata Dasar Al Quran. Sebaiknya anda sudah mempunyai asas sebelum ini atau pernah mengikut pembelajaran bahasa Arab seperti di pondok, sekolah agama atau universiti.

3. METOD PENGAJARAN & PENDEKATAN
Buku ini dirumus khas untuk pengajaran bahasa Al Quran menggunakan kaedah yang dikenali dalam ilmu pendidikan bahasa kedua sebagai Metod Terjemahan dan Kaedah Tata bahasa (Grammar & Translation Method) dan diadun rapi dengan teknik pengajaran tatabahasa melalui teks tulen (Authentic Text in Teaching Grammar).

4. TEKS TULEN (SURAH AL FATIHAH & YASIN)
Teks utama dalam buku ini ialah teks tulen atau dikenali sebagai authentic texts. Apa itu teks tulen? Iaitu teks yang benar-benar digunakan secara meluas dalam kehidupan. Bukan teks yang dikarang khas untuk tujuan pembelajaran. Teks tulen bagi kita untuk pengajaran bahasa Al Quran ialah kitab suci Al Quran itu sendiri, hadis-hadis Nabi, doa-doa harian dan bacaan dalam solat. Teks ini yang berlegar sekeliling kita setiap hari. Teks -teks ini perlu digunapakai sebaik mungkin oleh guru dalam mengajar dan membina kaedah asas bahasa Arab. Ini tidak bermakna kita hanya cukup dengan teks-teks ini sahaja. Diperingkat pertengahan, lanjutan atau dan tahap seterusnya, teks-teks lain seperti novel, surat khabar, cerpen & sebagainya perlu digunakan.
Mengikut pemerhatian saya, ramai orang awam yang pada awalnya minat belajar bahasa Arab, akhirnya terhenti setakat asas ini saja. Mereka berhenti mungkin dek rasa sukar untuk hadam pelajaran atau sebab lain. Sayang sekali.. kalau kita sedari awal mempersembahkan asas bahasa ini menggunakan teks tulen tadi, pasti mereka sudah mendapat manfaat untuk memahami sedikit sebanyak apa yang dibaca dan didengar dalam ibadah harian mereka... Dan ini sudah dikira cemerlang.. Walaupun begitu, ini hanya pandangan peribadi saya sahaja. Saya amat menghargai usaha rakan-rakan lain yang menggunakan pendekatan berbeza dengan saya. Jazakumullahu khairan..

5. PRA PENGAJARAN
Pastikan pelajar menghafal surah Yaseen dahulu sebelum mengajar menggunakan pendekatan ini. Kalau boleh minta mereka hafal sekali makna dan terjemahannya bagi memudahkan mereka hadam keadahnya nanti. Sila download surah Yaseen versi per kata terbitan UNISZA. Kalau perlu, lakukan tasmi' dan ujian hafalan untuk mereka sebelum memulakan kelas.

6. MENERANGKAN & MEMPERINCIKAN 20 KAEDAH TERPILIH
Masa diperlukan : 65 jam - 2 jam setiap kaedah bersama ujian & ulangkaji.
Jadikan setiap kali perjumpaan, satu kaedah diterangkan dan dibincang dengan pelajar. Lakukan latihan di dalam kelas. Pastikan pelajar faham dan hadam satu-satu kaedah sebelum
berpindah ke kaedah seterusnya. Gunakan latihan tambahan yang disediakan dalam web ini sebagai kerja rumah dan latih tubi. Berikut beberapa panduan mengajar kaedah terpilih dalam buku ini :

- Kenali pelajar anda dan tahap kemampuan mereka. Pelajar dewasa atau yang bekerja diraikan dengan memberi penerangan dengan perlahan. Tidak mengapa diulang-ulang benda yang sama beberapa kali.
- Terdapat satu UJIAN PEMAHAMAN selepas kaedah terpilih ke-7. Jangan langkau ujian ini. Muat turun ujian itu di sini dan edarkan kepada pelajar. Minta pelajar lakukan ujian ini dalam kelas, di depan anda, tanpa merujuk buku. Kalau boleh jangan bagi mereka buat ujian ini terus dari buku teks. Markah lulus ialah 47/50. Pastikan 80% daripada pelajar anda lulus ujian ini sebelum meneruskan kaedah seterusnya. Kalau tidak, anda perlu melakukan ulangkaji lagi dan lagi untuk pelajar anda.
- Perkataan-perkataan yang ditemui semasa penerangan kaedah ini perlu diketahui maknanya oleh pelajar. Guru boleh menterjemahkan terus ke bahasa Melayu atau minta pelajar terus merujuk kamus di bahagian 2. Bimbing pelajar anda mencari perkataan dikehendaki itu sampai jumpa.
- Kamus atau senarai kata dasar di bahagian 2 perlu digunakan guru sebaik mungkin. Contohnya pada pelajaran huruf illah, anda boleh bahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan dan berikan tugasan mencari kata dasar yang berhuruf illah dan bentangkan makna dan pecahannya.
7. CADANGAN AKVITI BAGI MENGHADAM KAEDAH TERPILIH
Banyak aktiviti pembelajaran yang boleh dilakukan guru agar kaedah yang dipelajari dihadam dan difahami dengan baik oleh pelajar. Antaranya:
1. PERTANDINGAN MENCARI KATA DASAR (SELEPAS KAEDAH 1 - 2)
Cara : Bagikan pelajar kepada beberapa kumpulan. Berikan setiap kumpulan satu surah daripada juz amma yang hampir sama panjang. Minta mereka keluarkan 10 perkataan berserta kata dasarnya. Satu markah untuk kata dasar yang tepat.
2. AKTIVITI TEPAT CARI KATA KERJA DALAM KAMUS (SELEPAS KAEDAH 7)
Pecahkan pelajar kepada beberapa kumpulan kecil (4 orang dalam satu kumpulan). Guru membentangkan atau memberikan beberapa potong ayat Al Quran terpilih dan highlight beberapa kata kerja di dalamnya. Bagi masa 30 minit untuk mereka berbincang dan kemukakan :
- Kata dasar
- No. wazan (1-9)
- Masa kata kerja (madhi, mudhari' atau amar)
- Pelaku kata kerja (fael)
- Makna dalam kamus (dengan tepat)
3. KALIMATUL YAUM (PERKATAAN HAFALAN HARIAN)
Aktiviti ini bagus dibuat di sekolah. Ia memerlukan pemantauan guru terhadap hafalan pelajar. Cari ruang seperti papan kenyataan dll bagi dilekatkan perkataan hafalan. Pilih satu kata dasar yang berparameter 4 atau 3 beserta dengan pecahannya dan makna. Tulis pada kertas yang besar dan mudah dibaca. Setiap hari, kata dasar ditukar.
- bersambung- sila kembali semula